Forum 1SABAH.NET
Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?
MB Vs MB (1 viewing) (1) Guest
Go to bottom Favoured: 0
TOPIC: MB Vs MB
#30924
richer (Moderator)
Dormiunt leges aliquando, nunquam moriuntur
AJK (Perundangan)
Posts: 1262
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
Gender: Male Birthdate: 1980-05-04
Moderator
MB Vs MB 7 Months ago Karma: 96  
Live updates: MBvMB

9 February, 2010
By Edmund Bon Tai Soon
(note this post may contain mistakes as it is paraphrased. Full judgment will be posted soon and this post will be removed by the end of the day)
1109 no order as to costs by consent. Question 1 answered in affirmative, question 2 answered that extraneous means possible, question 3 if mb doesn’t resign, post can be deemed vacant. However all is not lost, nizar still able to move a no confidence motion in housev zambry or make rep to sultan that zambry no longer commands majority.

1105: word “shall” is mandatory so if nizar’s request to dissolve was refused, nizar must resign. If nizar doesn’t resign, nizar went v 16(6) and sultan can remove. Appeal dismissed

1100: Court rules affirmative to question 1 n no need house vote to question 2 meaning sultans action to deem nizar’s post vacant is valid. For question 3, court agrees that sultan may remove MB n appoint new MB who commands confidence of majority of members.

1054: Goes in depth of Amir Kahar, n says Ningkan is distinguishable. Quotes Raja Azlan Shah in Loh Kooi Choon to say that our constitution must be read without reference to other constitutions. See also KWK. Agree with Raus that it will lead to absurdity if under 16(6) one may only establish loss of confidence after votein house. Extraneous evidence is accepted following kadir Sulaiman in Amir Kahar eg concession by MB, resignation etc

1047: J deals with question whether vote in house required n effect of case of ningkan. AG says that factors in ningkan are distinguishable ie assembly in ningkan was in session. Also ref to Amir Kahar and Akintola. Goes into facts of those cases.

1043: J discusses 16(6) & 36(2). There was no vote of no confidence. But request for dissolution, following court of appeal, was made under 16(6). Court of appeal was justified to say so.

1039: J speaks about state of affairs as of 4feb. Court of appeal was correct. Nizar knew as of 4 feb that he lost support of majority. It was a request under 16(6).

1035: J now goes to the questions. Interpreting 16(6) Perak constitution. MB if ceases to command confidence can ask under 16(6) for dissolution but if sultan refuses to dissolve then MB must resign. No dispute that MB asked for dissolution. But was it under 16(6) or 36(2). HCT did not believe state legal adviser but court of appeal reversed HCT per Raus Sharif.

1031: J goes thru constitution n principles in interpreting the same. See hinds, teh, nordin salleh.

1026: Najib presented sultan letter showing majority aligned to bn, brought 31 ADUNs to meet HRH who pledged support to BN. HRH spoke to 4 ADUNs incl Bota. 1pm 5th feb nizar had meeting with sutan, sultan later issues press statement saying sultan refused to dissolve n that MB post vacant.

1024: J going thru Hee’s actions. Sultan receives 3 ltrs on the jumpers’ positions saying they lost confidence in nizar

1019: J narrates the 3 jumpers fr pr to bn, purportedly resigning, but all 3 refute resignations

1014: arifin zakaria delivers judgment of court – appears to be unanimous, judge now reads grounds, going thru chronology

1011: court convenes, Philip introducing parties

1006: fyi, Hj Sulaiman is in shah alam court for trial n can’t get away. Team nizar rep by Philip Koh, Chan Kok Keong, Nga Hock Cheh, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Amer Hamzah, Leong Cheok Keng, Hanipa Maidin, Zulqarnian Lukman, Joanne Leong, Cheang Lek Choy, myself

1004: people getting edgy, crt staff ready, appearance by judges imminent

959: still waiting for court to appear


loyarburok.com/human-rights/live-updates-mbvmb/

ini adalah laporan tidak rasmi.. walaubagaimanapun, nampaknya, keputusan lebih memihak kepada datuk zambrie.
 
Logged Logged  
 
The laws sometimes sleep, but never die.
  The administrator has disabled public write access.
#30935
richer (Moderator)
Dormiunt leges aliquando, nunquam moriuntur
AJK (Perundangan)
Posts: 1262
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
Gender: Male Birthdate: 1980-05-04
Moderator
Zambry sah MB Perak 6 Months, 4 Weeks ago Karma: 96  
Zambry sah MB Perak
Oleh Khirul Bahri Basaruddin
bhnews@bharian.com.my


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak setahun lalu adalah sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (UTNP).

Keputusan muktamad yang tidak boleh dirayu itu dibacakan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Allauddin Mohd Sheriff; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin; Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdul Hamid Embong.

Mahkamah sebulat suara mendapati Zambry mendapat sokongan 31 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Mahkamah tertinggi di negara ini juga mendapati tidak ada sebarang peruntukan mengikut Perkara 16 (6) undang-undang tubuh yang mensyaratkan undi tidak percaya perlu diadakan terhadap Menteri Besar Perak melalui pengundian dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Bukti mengenai kehilangan kepercayaan terhadap Menteri Besar boleh diambil daripada sumber lain yang ada. Kami berpendapat, sumber itu termasuk pengakuan menteri besar itu sendiri atau representasi yang dibuat Adun bahawa menteri besar berkenaan tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota dewan," kata Arifin.

Sebaik keputusan selesai dibacakan, peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham memberitahu mahkamah anak guamnya tidak mahu menuntut kos mahkamah kerana kes berkenaan membabitkan kepentingan umum.

Dalam penghakiman setebal 41 halaman itu, Arifin berkata, mahkamah mendapati mengikut Perkara 16 (6) UTNP, Mohammad Nizar yang sudah kehilangan sokongan majoriti diwajibkan meletak jawatan bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

"Oleh itu, kami bersetuju dengan Zambry bahawa keengganan Mohammad Nizar meletak jawatan seperti titah Sultan Perak bercanggah dengan peruntukan Perkara 16 (6). Mohammad Nizar tidak boleh terus memimpin kerajaan selepas kehilangan sokongan majoriti. Jika dibenarkan beliau terus menjadi Menteri Besar, ia bercanggah dengan prinsip asas demokrasi," katanya.

Bagaimanapun, katanya, Mohammad Nizar masih mempunyai ruang untuk membawa undi tidak percaya terhadap Zambry di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau mengemukakan representasi kepada Sultan jika beliau yakin Menteri Besar itu sudah kehilangan sokongan majoriti Adun.

Kemelut politik Perak bermula apabila Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala Adun Jelapang yang mewakili DAP, Hee Yit Foong mengisytiharkan keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Berikutan itu, Mohammad Nizar yang dilantik selepas kemenangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008, hilang jawatan selepas kejatuhan kerajaan pakatan itu pada 2 Februari 2008.

Sultan Perak kemudian melantik Zambry sebagai Menteri Besar dan Mohammad Nizar yang tidak puas hati mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi bahawa beliau Menteri Besar yang sah dan permohonan itu dibenarkan.

Arifin yang membaca penghakiman itu lebih sejam, berkata mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Rayuan mengentepikan keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah adalah wajar.

"Kami bersetuju hakim perbicaraan gagal menimbang keterangan di depan beliau. Oleh itu, kegagalan hakim itu perlu diperbetulkan dan tindakan Mahkamah Rayuan adalah tepat," katanya.

Selain itu, katanya, mahkamah mendapati keputusan Sultan Perak meminta Mohammad Nizar meletak jawatan selepas beliau kehilangan sokongan majoriti adalah berlandaskan kuasa istimewa yang diperuntukkan Perlembagaan Negeri kepada baginda.

Katanya, Sultan mempunyai kuasa mutlak untuk perkenan atau menolak permohonan daripada Menteri Besar membubarkan DUN dan keputusan itu dibuat tanpa sebarang campur tangan Exco.

Dalam prosiding semalam, Mohammad Nizar diwakili peguam Philip Koh Tong Ngee; Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah; Cheng Poh Heng peguam pemerhati Malaysian Bar dan BN diwakili Datuk Hafarizam Harun.

www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wedne...2/Article/index_html
 
Logged Logged  
 
The laws sometimes sleep, but never die.
  The administrator has disabled public write access.
Go to top