|
Utara.FM bersiaran dari Kaherah, Mesir |
|
|
|
|
Ahad, 07 Mac 2010 08:58 |
|
Satu ketika dahulu pendengar Utara.FM dikejutkan dengan kehadiran penyampai yang membuat penyampaian (On-Air DeeJay) dari Kyoto, Jepun iaitu DJ LUGU. Kini Utara.FM melebarkan pengaruhnya ke Afrika iaitu di Kaherah, Mesir apabila salah seorang penyampai baru di Utara.FM adalah pelajar di Universiti Al-Azhar. DJ yang di maksudkan ialah DJ Tirdz atau nama penuhnya Mohd. Tirmidzi Mohd. Gial yang mengambil jurusan Syariah Islamiah. DJ Tirdz berasal dari Kg. Palu-Palu, Kuala Penyu, Sabah.

DJ Tirdz mengabadikan kenangan di perkarangan Masjid Husin, Kaherah, Mesir.
Trackback(0)
|