|
Temui Adam AF 2 di Kg. Salimpodon Laut, Pitas |
|
|
|
|
Jumaat, 19 Februari 2010 01:06 |
|

Sambutan Tahun baru Cina 2010 peringkat Kg. Salimpodon Laut, Pitas anjuran peribadi Encik Ruddy Awah berlangsung dari 16 - 21 Febuari 2009. Pelbagai acara dilangsungkan seperti pertandingan nyanyian karaoke pelbagai kategori setiap malam sehingga ke malam penutupan. Apa yang menarik ialah penganjur berbesar hati memanggil Adam AF 2 untuk menghiburkan para pengunjung yang akan datang pada hari penutupan sambutan pada 21 Febuari 2009. Acara dijangka bermula pada pukul 7 malam dan akan berakhir lebih kurang jam 11.00 malam dengan persembahan bunga api. Perasmian penutupan akan disempurnakan oleh YB Datuk Bolkiah Hj. Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
Trackback(0)
|