|
KARNIVAL SUKAN AIR, SUNGAI BONGAWAN |
|
|
|
|
Selasa, 19 Januari 2010 21:25 |
|

Utara.FM dilantik sebagai penyiar rasmi karnival tersebut. Antara program yang dirancang ialah Bola Sepak Air, Bola Tampar Pantai, Memancing Laut Dalam, Acara Kebudayaan dan banyak lagi. Program yang bermula pada 29/1/2010 ini akan berakhir pada 31/1/2010 yang dianjurkan bersama oleh Petronas. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan karnival. Jadual penuh aturcara karnival boleh dirujuk di sini.
Program “KARNIVAL SUKAN AIR SUNGAI BONGAWAN 2010” yang mana program ini bertemakan ‘MESRA ALAM’ anjuran bersama AJK PELAKSANA PROGRAM KARNIVAL SUKAN AIR SUNGAI BONGAWAN 2010 dan KIMANIS DOT NET EVENT berserta Petronas. Melalui program ini diharapkan peranan kepentingan sungai kepada manusia dan kehidupan dapat disampaikan kepada masyarakat sekeliling. Matlamat program ini adalah bagi menangani masalah pencemaran sumber alam semula jadi ,amnya di Negeri Sabah khususnya di Sungai Kimanis ini adalah dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri para masyarakat menghargai, memelihara keindahan sungai dengan slogan ‘CINTAILAH SUNGAI KITA’, kerana daripada apa yang dapat diperhatikan sejak akhir-akhir ini banyak sungai telah dicemari dengan pelbagai sisa buangan dari sumber domestik dan juga industri. Kebanyakan sisa buangan ini menyebabkan beberapa buah sungai di Malaysia pada hari ini dianggap sungai mati. Di sungai mati,tiada lagi sebarang bentuk kehidupan, sama ada besar mahupun yang kecil sama ada yang makroskopik ataupun yang mikroskopik. Melalui program ini, para penduduk sekirar Kimanis dapat menyingkap tabir kehidupan , meluaskan pandangan untuk mematangkan fikiran. Kesemua ini amat penting bagi masyarakat sekitar, agar dapat memantapkan sahsiah dan jati diri seterusnya mampu melahirkan insan yang berketrampilan dalam serba serbi. Justeru itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin seharusnya menasihati mereka agar tidak mengotori sungai. Kita memerlukan pemikir dan penulis yang sering memperingatkan masyarakat tentang hal ini dan yang paling penting , kita juga perlukan pemimpin yang penuh komitmen untuk memelihara alam sekitar kita. Inilah perjuangan bersama yang perlu dilakukan dengan penuh rendah diri kerana kita bukan ingin menjadi wira tetapi yang diperlukan adalah lebih ramai rakyat yang peka dengan masalah yang menimpa alam sekitar.
Penganjur KARNIVAL SUKAN AIR SUNGAI BONGAWAN 2010
Trackback(0)
|
http://zaini.kimanis.net/?p=821
gotong royong