PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA 1 MALAYSIA
Selasa, 17 November 2009 14:37

Dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sabah, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Sempena Kempen 1 Malaysia di Kota Belud peringkat negeri Sabah.

 

Tempat  :  Kg. Kulambai, Kota Belud
Tarikh    :  06 Disember 2009
Masa      :  8.00 pagi – 3.00 petang

Program ini bertujuan merakyatkan gagasan 1 Malaysia melalui seni budaya seterusnya mencerminkan dan mempertingkatkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa melalui program-program seni dan budaya.

 
1SABAH.NET DAN UTARA.FM DIMARTABATKAN
Isnin, 16 November 2009 17:48

UTUSAN BORNEO, Edisi Isnin, 16 November 2009, Segmen Hiburan, Bisik-Bisik Bersama Abang Linz, Muka Surat 20 : Artikel yang disiarkan di akhbar berkenaan telah mengangkat martabat radio online Sabahan Utara.FM dan portal komuniti ini di mata masyarakat. Ini juga membuktikan kewujudan elemen-elemen seumpama ini diterima oleh media sebagai bahan siaran. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung, ahli 1SABAH.NET dan para pendengar Utara.FM yang terus menyokong kami.

 
SENARAI AJK BARU PENTADBIRAN 1SABAH.NET
Ahad, 15 November 2009 03:03

 

1SABAH.NET adalah portal komuniti Sabahan yang menyokong gagasan 1Malaysia menghimpunkan warga Sabah pelbagai kaum bangsa dan agama untuk aktif berkomuniti di internet. Komuniti ini di wujudkan secara rasmi pada 11 November 2008 dan disusuli dengan pembinaan radio online menggunakan frekunsi internet iaitu Utara.FM pada 12 Disember 2009. Pada masa ini 1SABAH.NET mempunyai ahli lebih 1 ribu orang yang berdaftar di portal dan  lebih 3 ribu yang menjadi Fans di Facebook 1SABAH. Pentadbiran 1SABAH.NET dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Forum dan Radio Online.

Berikut disenaraikan AJK Baru yang telah membuat permohonan dan mendapat kelulusan untuk menjadi sebahagian dari jawatankuasa pentadbiran di 1SABAH.NET

Nama Penuh : Oswald Alphonsus @ Dominic Lajawa
Daerah : Papar

Nama Penuh : Connie Mary Albert
Daerah : Kota Marudu

Nama Penuh : Joshua Bugay Reyes
Daerah : Kota Kinabalu

Nama Penuh : Dean Fernando Adun
Daerah : Tambunan

Nama Penuh : Melisa Olutik
Daerah : Kudat


Tahniah diucapkan kepada rakan baru dalam pentadbiran 1SABAH.NET. Semoga dengan kehadiran anda akan menjadikan portal ini lebih mantap pada masa-masa akan datang.

 
UTARA.FM DIHARGAI DI PITAS
Rabu, 11 November 2009 16:38

Program Gaya Hidup Sihat anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia cabang Pitas telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Ybhg. Encik Sapdin Ibrahim, Pegawai Daerah Pitas. Utara.FM telah menyiarkan secara langsung program tersebut melalui frekunsi di www.utarafm.net. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai Daerah, Encik Justin Akun (Pengerusi Pelaksana) dan VIP-VIP yang hadir kerana menyambut baik kehadiran Utara.FM. Utara.FM  dihadiri oleh DJ rumputt, Tuan kulanz, DJ PP, DJ siiputt, DJ mka, wxyz dan wady. Penghargaan juga diberikan kepada Encik Nuarji Sawatan yang bertindak sebagai juru gambar Utara.FM. Klik sini untuk melihat galeri.

 
SEKITAR PELANCARAN ALBUM W.O.R.M
Selasa, 10 November 2009 19:34

Kehebatan kumpulan anak Sabahan iaitu W.O.R.M terbukti semasa pelancaran albumnya di Sheningan's, Hyatt Regency Hotel dengan persembahan yang mantap. Rakan artis pertama Utara.FM iaitu Ridah juga telah membuat persembahan sewaktu pelancaran tersebut. Utara.FM dilantik sebagai penyiar rasmi utama pelancaran tersebut dan antara krew yang turut serta ialah DJ rumputt, DJ PP, DJ Aldusuni, DJ siiputt, DJ kupang, wady dan beberapa rakan pendengar yang lain iaitu chibi dan Yatol (Pemenang Kuiz W.O.R.M), sera dc dan dalink. Kerjasama padu dari rakan radio online iaitu Sabahan.FM yang diketuai oleh Mohd. Tar @ Abglang dan DJ Langau sangat dihargai. Klik sini untuk melihat galeri.

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>

Malaysia

LOG MASUK/DAFTAR

SIAPA DI CHAT ROOM?

No users online

Pengiklanan

ruang-iklan-untuk-di-sewa-180-50

Pengiklanan

ARTIKEL BISNESGlobal Marketing Industry

GMI didirikan pada awal tahun 2010. Syarikat ini di lahirkan atas dasar buah fikiran oleh beberapa golongan ahli niaga yang memang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan  selama hampir 15 ta [ ... ]


MAKLUMANPromosi Iklan RM10 sahaja


AHLI ONLINE

None
Kami ada 68 tetamu online

STATISTIK KEAHLIAN

Jumlah Ahli : 1285 orang
Ahli Terbaru : Jitydaysatt
Hari Ini : 0 berdaftar
Minggu Ini : 0 berdaftar
Bulan Ini : 2 berdaftar

STATISTIK PELAWAT

mod_vvisit_counterKeseluruhan332219

PERTANYAAN?

Apa pendapat anda mengenai 1SABAH?
 

UNDIAN

Apa pendapat anda mengenai gagasan Perdana Menteri kita berkaitan dengan 1Malaysia?