|
Rabu, 20 Januari 2010 18:50 |
|
1SABAH.NET menganjak setapak apabila dapat menyediakan satu kemudahan kepada ahli yang ingin membuat sumbangan untuk Tabung 1SABAH. Anda boleh menyumbang melalui SMS dengan menaip TXT TABUNG 92179 dan hantar ke 32088. Anda akan menerima KOD. Sila gunakan KOD tersebut untuk akses ke http://1sabah.net/sms. Setiap SMS anda akan ditolak RM5.00 dari akaun anda.
|
|
|
Selasa, 19 Januari 2010 21:25 |
|

Utara.FM dilantik sebagai penyiar rasmi karnival tersebut. Antara program yang dirancang ialah Bola Sepak Air, Bola Tampar Pantai, Memancing Laut Dalam, Acara Kebudayaan dan banyak lagi. Program yang bermula pada 29/1/2010 ini akan berakhir pada 31/1/2010 yang dianjurkan bersama oleh Petronas. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan karnival. Jadual penuh aturcara karnival boleh dirujuk di sini.
Program “KARNIVAL SUKAN AIR SUNGAI BONGAWAN 2010” yang mana program ini bertemakan ‘MESRA ALAM’ anjuran bersama AJK PELAKSANA PROGRAM KARNIVAL SUKAN AIR SUNGAI BONGAWAN 2010 dan KIMANIS DOT NET EVENT berserta Petronas. Melalui program ini diharapkan peranan kepentingan sungai kepada manusia dan kehidupan dapat disampaikan kepada masyarakat sekeliling. Matlamat program ini adalah bagi menangani masalah pencemaran sumber alam semula jadi ,amnya di Negeri Sabah khususnya di Sungai Kimanis ini adalah dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri para masyarakat menghargai, memelihara keindahan sungai dengan slogan ‘CINTAILAH SUNGAI KITA’, kerana daripada apa yang dapat diperhatikan sejak akhir-akhir ini banyak sungai telah dicemari dengan pelbagai sisa buangan dari sumber domestik dan juga industri. Kebanyakan sisa buangan ini menyebabkan beberapa buah sungai di Malaysia pada hari ini dianggap sungai mati. Di sungai mati,tiada lagi sebarang bentuk kehidupan, sama ada besar mahupun yang kecil sama ada yang makroskopik ataupun yang mikroskopik. Melalui program ini, para penduduk sekirar Kimanis dapat menyingkap tabir kehidupan , meluaskan pandangan untuk mematangkan fikiran. Kesemua ini amat penting bagi masyarakat sekitar, agar dapat memantapkan sahsiah dan jati diri seterusnya mampu melahirkan insan yang berketrampilan dalam serba serbi. Justeru itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin seharusnya menasihati mereka agar tidak mengotori sungai. Kita memerlukan pemikir dan penulis yang sering memperingatkan masyarakat tentang hal ini dan yang paling penting , kita juga perlukan pemimpin yang penuh komitmen untuk memelihara alam sekitar kita. Inilah perjuangan bersama yang perlu dilakukan dengan penuh rendah diri kerana kita bukan ingin menjadi wira tetapi yang diperlukan adalah lebih ramai rakyat yang peka dengan masalah yang menimpa alam sekitar.
Penganjur KARNIVAL SUKAN AIR SUNGAI BONGAWAN 2010 |
|
Jumaat, 15 Januari 2010 20:56 |
|

Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Hj Sakaran Dandai, Yang Dipertua USIA akan berada di Sabah Hotel, Sandakan pada 17 Januari 2010 untuk melancarkan Minda Perdana Marketing. Majlis pelancaran rasmi bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pihak Minda Perdana Marketing menjemput semua warga 1SABAH.NET untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. |
|
Isnin, 11 Januari 2010 22:52 |
|
Daerah Kudat terletak di utara negeri Sabah. Akhir-akhir ini dibangunkan untuk tujuan pelancongan, kawasan yang cukup dramatik ini menggambarkan penghujung barat laut tanah Borneo. Tanjung yang terletak di Semenanjung Kudat, kira-kira tiga jam setengah pemanduan atau sejauh 215 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Diterjemahkan sebagai ‘Simpang yang Berpanjangan’, Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi Laut China Selatan. Alam semula jadinya cukup mempesonakan dengan pecahan batuan pasir yang membentuk pusaran dan tetingkat. Anda juga dapat menyaksikan rumah api di Pulau Kalampunian. Di sebelah kiri anda dapat menyaksikan Pantai Kalampunian, iaitu pantai yang tercantik di Kudat. Kesemua tarikan ini memerlukan sedikit tenaga kerana anda kena berjalan untuk pergi ke pancang bendera raksasa dan Glob dan akhirnya ke batuan singkapan granit. Turut tersedia gerai-gerai yang menjual minuman, cenderamata dan juga kemudahan tandas yang terletak di kawasan meletak kereta.

|
|
Ahad, 27 Disember 2009 16:29 |
|

|
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
|